CARA & SYARAT AM TEMPAHAN

TEMPAHAN
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN PAKEJ :

1- Berikan maklumat lengkap mengenai pakej yang ingin ditempah seperti destinasi dan cadangan tarikh yang ingin dilawati dan berapa bilangan dewasa dan kanak-kanak.
2- Berikan nama penuh, no.kad pengenalan
3- Berikan no.telefon yang mudah dihubungi beserta alamat emel bagi person in charge
4- Langkah seterusnya, akan dimaklumkan melalui emel yang akan diterima nanti.


SYARAT AM:

·       Untuk setiap tempahan, deposit 50% perlu dibayar dalam masa sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum tarikh percutian anda.
·       Bayaran penuh pakej perlu dibuat dalam masa sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum tarikh percutian untuk menjamin tempahan percutian anda.
·       Pihak Honeyzone Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang pembatalan tempahan disebabkan oleh kelewatan bayaran.
·       Bilangan peserta yang ditetapkan untuk pakej ini adalah minimum 2 orang. Harga pakej akan dikurangkan sekiranya bilangan peserta adalah lebih ramai.
·       Harga pakej yang ditawarkan adalah untuk warganegara Malaysia sahaja, dan berdasarkan harga pada musim low season sahaja. Harga pada waktu peak season (cuti sekolah, cuti umum, dsb.) pula adalah berlainan dan tertakluk kepada surcaj yang dikenakan oleh pihak hotel.
·       Pihak Honeyzone Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk mengubah harga dan jadual lawatan (itinerary) pakej sekiranya terdapat perubahan dari pihak penyedia perkhidmatan (supplier).
·       Setiap pembatalan tempahan dan pemulangan semula adalah tertakluk kepada kebenaran oleh penyedia perkhidmatan sepenuhnya.
·       Terma dan Syarat am Honeyzone Travel & Tours Sdn Bhd adalah terpakai untuk setiap pakej yang ditawarkan.
·      Semua anggota pelancongan digalakkan membeli insurans perjalanan untuk melindungi diri mereka daripada sakit, kehilangan wang, pembatalan, kelewatan penerbangan atau kehilangan bagasi



4 comments:

pihak kami akan menghubungi anda secepat mungkin

HONEYZONE TRAVEL

Selamat datang ke Page Percutian kami, Honeyzone Travel adalah sebuah Agensi Pelancongan yang sah dan berdaftar dengan kementerian Pelancongan.

Pihak kami menawarkan pelbagai bentuk perkhidmatan yang berkaitan pelancongan kepada pihak anda. Pelbagai jenis tawaran dan pakej menarik kami sediakan untuk anda pilih. Semua pakej yang pihak kami bangunkan adalah yang terbaik dan sesuai untuk semua peringkat.

Antara pakej yang pihak kami sediakan adalah pakej rombongan,pakej honeymoon,pakej berdua,family pakej dan sebagainya. Kami turut menyediakan perkhidmatan kereta sewa,aktiviti di pulau langkawi,tempahan hotel dan juga beberapa perkhidmatan lain.

Kami turut bersedia menyalurkan sebarang bentuk bantuan maklumat dan pertanyaan secara percuma.

call@wassap untuk butiran lanjut : WASSAP : 0195907732 / 0125907732